Amal dan Ibadah

Site ini diwujudkan untuk memisahkan posting bersifat Seni Beladiri semata mata dan juga posting bersifat Islam.

Monday, November 13, 2006

Berikhtiar dengan Ayatul Kursi

Terjumpa satu website mengenai pendinding dengan menggunakan Ayatul Kursi.

Assalamualaikum,


"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA. Tutupi kekecewaan mu dengan keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

WAKTUNYA

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

CARANYA

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap
ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembok itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukuplah dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka.

Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan Allah).

Labels:

Wednesday, November 01, 2006

Bismillah Enam



1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa
denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu
Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha
Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa
denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha
Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang
serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi
Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang
serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi
Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha
Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa
denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa
denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang
memelihara dan Dia-lah Maha Rahim''

Bismillah Enam adalah antara ayat doa yang masyhur. Menurut sebuah laman web, berikut adalah antara khasiat mengamalkan ayat-ayat ini.

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2. Luas rezkinya.

3. Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.

4. Menang dalam peperangan.

5. Penerang hati.

6. Diajuhkan dari segala penyakit.

7. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

8. Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

9. Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

10. Aman daripada binatang² buas.

11. Air laut menjadi tawar.

12. Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

13. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

14. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

15. Terselamat dari karam dilaut.

16. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.

17. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

18. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.

19. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

20. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

21. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

22. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Wallahualam

Nota:

1. Bismillah Enam juga dikenali dengan nama Bismillah Tujuh

Kalimah Tammah

Merujuk kepada sebuah kisah, Kalimah Tammah ini adalah doa yg diajar kepada Nabi Muhammad SAW oleh Jibril semasa peristiwa Israk Mikraj . Semasa itu Ifrit mengejar Nabi SAW dengan Obor. Akhirnya tewas dengan doa ini.

Saya mendapat doa ini dari sebuah forum

Dengan nama Allah Yang Pengasih dan Penyayang. Aku berlindung pada Allah yang Maha pemurah dan berpegang teguh pada kalimat kalimatNya yang sempurna yang tidak dapat dipengaruhi oleh siapa pun juga, baik orang taat mau pun orang fasik, dari kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang naik kelangit, kejahatan yang ada di muka bumi dan kejahatan yang keluar dari bumi. Kejahatan fitnah fitnah dan peristiwa yang membawa akibat buruk yang terjadi siang dan malam, kecuali peristiwa yang membawa kebaikan. Hai Tuhan kami yang Maha Pengasih.

dan juga versi lain iaitu

Aku mohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, yang tidak dilampaui akan dia oleh mereka yang jahat dan melakukan maksiat, dan daripada kejahatan yang menyusup dalam bumi, dan yang keluar daripadanya, dan daripada yang turun daripada langit dan kejahatan yang naik padanya, juga daripada fitnah-fitnah malam dan siang, dan ketukan-ketukan malam dan siang, kecuali ketukan yang membawa ketukan kebaikan, ya Allah yang maha pemurah.


1) Kalimah yg sempurna
- kitab al-Quran

2) Kejahatan yg turun dari langit
- bala, wabak, udara yg buruk, petir, taufan, rihul ahmar, penyakit penyakit yg bertaburan di udara dan sebagainya.

3) Kejahatan yg naik ke langit
- catatan amal buruk, roh orang orang jahat, iblis yg mencuri berita dari langit dan sebagainya.

4) Kejahatan di muka bumi
- gangguan syaitan, jin dan manusia, binatang buas, kezaliman, hasut, fitnah, buruk sangka, niat jahat, peperangan dan sebagainya.

5) Kejahatan yg naik ke bumi
- gempa bumi, gunung berapi, gas beracun, binatang binatang yg keluar dari bumi, berbisa dan sebagainya.

Wallahualam.